Keluarga besar E-sukan negara meraikan sejarah baru yang diukir Team Secret apabila melayakkan diri secara merit ke kejohanan dunia di Riyadh, Arab Saudi.

Team Secret mengesahkan slot di kejohanan dunia itu selepas mengungguli peringkat kumpulan C menewaskan pasukan dari Argentina, dan seteru utama dari Indonesia dalam aksi Honor of Kings.

Pertandingan yang menghimpunkan 13 pasukan dari seluruh dunia itu tidak mampu mematahkan semangat Team Secret untuk membina legasi baru.

Pemain paling bernilai dalam skuad Secret, Choong Khean Loong serta Hoowen Feng, memainkan peranan memacu kemenangan straight set keatas lawan.

Kejayaan ini membuktikan, E-sukan negara bukan hanya handal dalam judul permainan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) — mahupun PUBG Mobile malah, skuad Honor of Kings juga memiliki kemampuan untuk tunjuk kepada dunia.