LGD Gaming muncul juara dalam saingan grand final kejohanan jemputan Honor Of Kings musim kedua selepas menewaskan Team Secret, semalam.
Tampil dengan kejutan dalam 'All Malaysian Affair' menentang Team Secret, LGD berentap untuk membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah 100 ribu USD.
Tetapi Team Secret terlebih dahulu menonjolkan taring apabila memenangi dua perlawanan berturut-turut untuk mendahului 2-0.

Namun keampuhan LGD terserlah apabila tampil dengan permainan lebih selamat untuk merapatkan jurang di perlawanan ketiga dengan tumpuan untuk menjatuhkan Tower lawan.
LGD yang sebelum ini mempunyai pengalaman mengalahkan Team Secret di final kelayakan Malaysia berjaya bangkit untuk menang dua lagi game, sekaligus muncul juara HOK dengan keputusan 3-2.
Jurulatih LGD Gaming, Lai Kok Kiong, menyifatkan kejuaraan ini sebagai tonik penting untuk meneruskan momentum kemenangan di kejohanan HOK Invitational Mid Season yang akan berlangsung di Riyadh pada Ogos nanti.
"Bagi kami, kami yakin akan meraih gelarang juara tetapi apa yang berlaku dalam dua perlawanan awal adalah kami tidak bermain dengan bagus tetapi selepas itu pemain kami kembali perbaiki mental.
"Kami mahu bergelar juara juga di Riyadh nanti, kami akan cuba yang terbaik di sana.
"Selepas penggumuman kumpulan nanti, kami akan lakukan yang terbaik untuk meraih pingat di sana nanti." katanya.