Bekas Naib Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed, meminta pemerhati bebas, Datuk Mohd Musa Noor Mohd, menghentikan serangan peribadi terhadap kepimpinan baru badan induk itu.
Beliau tidak pasti mengenai motif Mohd Musa, yang juga bekas pengarah Pusat Prestasi Tinggi Olahraga Asia (HPTC), mempersoalkan prosedur pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KOM ke-16, 30 Jun lalu memandangkan ia diadakan mengikut peraturan.
Justeru, beliau meminta agar Mohd Musa tidak mencampuri urusan KOM bagi memastikan kepimpinan baru yang diketuai Datuk S.M Muthu dapat menjalankan tugas dengan baik, terutama bagi memastikan skuad negara meraih keputusan positif dalam Sukan SEA Filipina, November depan.
“Saya tidak tahu agenda Datuk Mohd Musa kerana beliau bukanlah perwakilan Pahang dan Persatuan Olahraga Pahang sendiri tidak membuat bantahan dalam AGM berkenaan.
“Kenapa orang ketiga yang bukan berada dalam gabungan KOM membuat bantahan, dan saya rasa ini tidak masuk akal dan saya tidak tahu (sama ada) beliau (Mohd Musa) membuat satu publisiti murahan,” katanya.
Mohd Musa, yang merupakan Yang Dipertua Persatuan Olahraga Daerah Temerloh, baru-baru ini membuat aduan kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan dengan mendakwa wujud kesilapan perjalanan mesyuarat tersebut selain mempersoalkan pelantikan bekas Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi, sebagai pengerusi pemilihan AGM berkenaan.
Dalam pada itu, Noorul Ariffin, yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), berharap KOM dapat mempertimbangkan keputusan untuk melantik jurulatih pecut dari Amerika Syarikat, Dwayne Miller, sebagai ketua jurulatih negara yang baru.
Menurutnya, masih terdapat beberapa bekas atlet negara yang mampu membantu meningkatkan prestasi skuad olahraga negara, termasuk Hanafiah Nasir, Norsham Yoon dan Datuk Zaiton Othman.
Timbalan Presiden KOM, Datuk Paduka Mumtaz Jaafar, baru-baru ini mengesahkan Miller akan berkhidmat bersama skuad olahraga negara bermula bulan depan.
Untuk rekod, Miller pernah membantu pelari pecut Amerika Syarikat, LaShawn Merritt, merangkul dua emas dalam Sukan Olimpik Beijing 2008.
-- BERNAMA