Penganjur kejohanan muaythai di Perak yang tidak diiktiraf diminta menghentikan penggunaan gambar ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri, terutama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, pada kain rentang mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Sukan, Belia dan Pembangunan Modal Insan Negeri, Howard Lee Chuan How, membuat permintaan itu berikutan tindakan penganjur pertandingan menggunakan gambar Menteri Besar Perak dan Exco Belia dalam usaha menarik penyertaan.
"Terdapat banyak kain rentang kejohanan yang tidak diiktiraf menggunakan gambar MB dan saya.
"Tindakan itu sebenarnya salah kerana kami tidak memberi persetujuan supaya gambar kami digunakan.
"MB amat tidak senang dengan fenomena ini dan meminta saya menanganinya.
"Saya berharap ia dihentikan segera. Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka jika terus melakukan salah laku ini, " katanya kepada pemberita hari ini.
Menurut Howard, kerajaan negeri menyalurkan peruntukan kewangan bagi menganjurkan kejohanan sebulan sekali melalui Persatuan Muaythai Perak (PMTP).
"Saya difahamkan kejohanan ini sudah dijalankan bermula di daerah Gerik," katanya.