Skip to main content

Sukan Lain

Harun kekal jadi pilihan KOM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

presiden-kom-datuk-s-muthu.jpg
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) tetap menagih sentuhan Harun Rasheed apabila akan menghantar rayuan kepada Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) untuk mengurangkan hukuman penggantungan 10 tahun terhadap bekas ketua jurulatih negara itu.

KOM akan berusaha mengurangkan hukuman terhadap Harun yang akan berakhir pada 2021 ekoran pembabitan dalam kes doping.

Rayuan akan dihantar kepada IAAF dalam masa terdekat dengan bekas jurulatih acara pecut itu sudah menjalani penggantungan sejak lapan tahun lalu.

Presiden KOM, Datuk S.M Muthu, berpendapat bekas jurulatih itu mampu meningkatkan prestasi atlet negara bersandarkan pengalaman dan kepakarannya dalam acara reben biru.

"Kami akan membuat rayuan kepada IAAF berhubung hukuman Harun yang berbaki dua tahun lagi. 

"Kami akan memberinya peluang dan melantiknya sebaik kami mendapat kebenaran IAAF," jelas Muthu yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-16 KOM di ibu negara, kelmarin. 

Sementara itu, Timbalan Presiden K|OM, Datuk Paduka Mumtaz Jaafar, akan menggalas tugas sebagai ketua jurulatih negara susulan peletakan jawatan Zainal Abas, semalam. 

Sebelum ini, Mumtaz bertindak sebagai penyelaras kejurulatihan KOM. 

"Kita harus mempunyai seorang ketua jurulatih dan perkara ini perlu dibincangkan. Sekarang masih terlalu awal dan sebaik seorang ketua jurulatih dilantik, saya akan berurusan dengan mereka. 

"Saya juga sedang menantikan mesyuarat dengan Majlis Sukan Negara (MSN) selepas barisan jurulatih kembali dari luar negara," kata Mumtaz. 
 

Advertisement

Must Watch Video