Skip to main content

Sukan Lain

Hari Sarapan Milo: Milo sangat dekat dengan rakyat Malaysia -- Nadhir Nasar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nadhir.jpg
Orang ramai yang berkunjung ke Dataran Jambatan Angkat, Kuala Terengganu disajikan dengan pelbagai aktiviti lain selain larian 3 kilometer (km) yang menekankan aspek kecergasan dalam kehidupan seharian termasuk senamrobik dan permainan interaktif seperti lari dalam guni.

Sambil beriadah, pengunjung dibawa bersama mengimbau kembali nostalgia zaman kanak-kanak dahulu dengan keberadaan empat trak Milo, minuman kegemaran rakyat Malaysia yang terhidang sepanjang acara berlangsung.

Ia sememangnya memaparkan misi Milo selama 75 tahun untuk memperjuangkan gaya hidup sihat bermula dengan rutin harian yang aktif serta tabiat pemakanan berkhasiat tidak lapuk sehingga kini.

"Mereka boleh hadir dan bersama-sama memeriahkan suasana," kata Pengurus Pemasaran Milo Malaysia, Andrew Yoon Peng Fai.

 

Lebih menarik, kehadiran dua selebriti terkenal tanah air, Nadhir Nasar dan Nur Erysha Emyra Zakaria selaku duta jenama tersebut menambah lagi kemeriahan suasana Hari Sarapan Milo 2025 Terengganu.

"Program ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara semua orang.

"Milo sangat dekat dengan saya, ia adalah sebahagian daripada saya.

"Ia sangat menggamit memori dan saya sangat teruja," kata Nadhir.
 

Advertisement

Must Watch Video