Kemuncak Hari Sarapan MILO® 2025 disambut penuh meriah di Kedah, setelah singgah sebelumnya di Terengganu, menghimpunkan keluarga, sahabat-handai serta pencinta gaya hidup sihat dalam suasana pagi yang sarat dengan kecergasan, khasiat pemakanan dan semangat kebersamaan.
Sebagai inisiatif ikonik oleh MILO®, Hari Sarapan MILO® Malaysia telah berkembang menjadi sebuah gerakan kebangsaan yang menekankan kepentingan memulakan hari dengan sajian seimbang dan gaya hidup aktif. Penutup tahun ini bukan sahaja melengkapkan jelajah enam lokasi, malah turut menyerlahkan kemesraan, semangat dan perpaduan komuniti yang mengambil bahagian.
Advertisement
Dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah (Tunku Temenggong Kedah) di hentian keenam dan terakhir, acara ini menandakan penutup yang penuh bermakna bagi sambutan peringkat kebangsaan ini.
“Bagi saya, Hari Sarapan MILO® Malaysia bukan sekadar sebuah acara, tetapi ia lebih kepada memupuk tabiat hidup yang lebih sihat dan mengukuhkan ikatan komuniti. Saya berasa gembira melihat keluarga, rakan-rakan dan rakyat berkumpul dengan penuh tenaga dan semangat positif.
Acara sebegini mengingatkan kita tentang kepentingan mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan diri. Saya berharap dapat melihat lebih banyak inisiatif yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat,” berkata Tunku Temenggong Kedah.

Majlis ini bukan sahaja meraikan impak program sepanjang tahun, malah turut menetapkan hala tuju untuk terus berperanan dalam menginspirasi generasi yang lebih sihat pada masa hadapan.
Manakala Amirul Ikhwan dari Alor Setar, Kedah, turut berkongsi: “Ini kali pertama saya sertai Malaysia Breakfast Day di Kedah, dan saya sangat terinspirasi.
Bukan saja kami sekeluarga dapat berlari bersama dalam suasana menyeronokkan, tetapi saya juga belajar tentang kepentingan sarapan seimbang dan gaya hidup aktif. MILO® berjaya membawa suasana komuniti yang positif, dan saya berharap ia diteruskan setiap tahun.”
Sementara itu, Nabilah, seorang peserta dari Kuala Terengganu berkata: “Sebagai seorang ibu saudara kepada dua orang anak saudara kecil, saya suka membawa mereka ke sini kerana ia bukan sekadar tentang sarapan pagi, tetapi juga masa yang kami luangkan bersama sebagai keluarga. Melihat wajah gembira mereka berlari ke sana sini membuatkan bangun awal pagi berbaloi.”
Tumpuan utama acara ialah Larian Sarapan MILO®, iaitu larian komuniti 3km yang disertai oleh segenap lapisan masyarakat. Keseronokan tidak berakhir di garisan penamat, malah hadirin berpeluang menyertai sesi Senaman Kecergasan MILO® serta mengunjungi stesen interaktif dan Trak Kebaikan MILO®, di mana mereka berpeluang belajar cara minuman terkenal ini dibuat. Trak MILO® yang sentiasa dinanti-nantikan dan menjadi tumpuan ramai turut menghidangkan minuman berkhasiat MILO® sepanjang pagi.
Menambah lagi kemeriahan suasana ialah kehadiran Sahabat MILO®, pelakon Nadhir Nasar dan bakat yang sedang meningkat naik, Erysha Emyra, yang menceriakan para peminat dan turut serta dalam sambutan tersebut.
Edisi tahun ini nyata lebih bermakna memandangkan MILO® meraikan ulang tahun ke-75 menjana khasiat kepada rakyat Malaysia. Dengan tema ulang tahun “Dulu, Kini dan Selamanya demi Malaysia”, jenama kegemaran ramai ini meneruskan misi untuk menyokong gaya hidup aktif dan pemakanan seimbang, sambil meraikan warisan turun-temurun membekalkan khasiat kebaikan kepada rakyat.
“Sambil kami meraikan 75 tahun bersama rakyat Malaysia, kami mengambil kesempatan ini untuk memberi penghargaan kepada semua peminat MILO®. Kami amat menghargai kepercayaan yang telah diberikan oleh semua keluarga di Malaysia; dari generasi ke generasi terhadap MILO®. Malaysia Breakfast Day adalah salah satu cara kami merealisasikan tujuan kami — dengan menggalakkan semua orang memulakan hari dengan pemakanan yang seimbang serta tenaga untuk aktif bersama,” kata Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan MILO®.
MILO® yang sudah menjadi lambang kebanggaan identiti negara, merupakan minuman malt coklat pertama di Malaysia untuk dianugerahkan Logo Pilihan Lebih Sihat sebagai bukti komitmennya membekalkan produk yang lazat dan berkhasiat. Menggunakan ramuan berkualiti dengan kebaikan semula jadi seperti barli malt, susu dan koko, MILO® dikeluarkan di kilang Chembong, Negeri Sembilan — kilang pengeluaran terbesar di dunia bagi jenama tersebut.
Lebih daripada sekadar produk, MILO® kekal berdedikasi memperkayakan kehidupan rakyat Malaysia melalui usaha berterusan dalam bidang pemakanan, sukan dan kelestarian, meneruskan perjalanan yang memperkasakan gaya hidup sihat serta masa depan lebih cerah untuk generasi akan datang.
Sejak dimulakan pada 2013, Hari Sarapan MILO® telah melibatkan lebih 500,000 rakyat Malaysia, menjadikannya salah satu acara kesejahteraan yang paling dinanti-nantikan di negara ini.
Edisi tahun ini telah menjelajah enam lokasi — bermula di Putrajaya ke Johor, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, dan Kedah, menarik penglibatan 75,000 peserta di seluruh negara, menunjukkan semangat perpaduan sambil menggalakkan sarapan sihat setiap hari.
