Skip to main content

Sukan Lain

Hanifah sasar Aaliyah sebaris jaguh dunia

aaliyah.jpg
Ketua jurulatih skuad luncur air negara, Hanifah Yoong, menyasarkan kelibat anaknya, Aaliyah Yoong Hanifah, berdiri sebaris dengan 12 jaguh dunia menjelang Kejohanan Dunia yang akan berlangsung bulan depan.

Turun beraksi selaku juara Asia dan lima terbaik dunia bagi umur B-21 tahun, Aaliyah diberi tugasan untuk menembusi kedudukan 12 terbaik dan melangkah ke final.

Masih jauh untuk menyasarkan kedudukan podium, namun ia menjadi keutamaan buat Aaliyah bersaing merebut slot 12 terbaik dunia dan memberi tentangan untuk merebut kedudukan terbaik keseluruhan.

"Untuk Kejohanan Dunia, sasaran asal adalah pada 2023, iaitu ketika dia berusia 20 tahun dan itu adalah sasarannya untuk muncul juara dunia, sama ada dalam acara tricks atau keseluruhan," kata Hanifah.

Kejohanan Luncur Air Dunia (MWWF) turut menampilkan Aideen Yoong dan Adam Yoong, pasangan adik-beradik yang akan bersaing dalam tiga kategori yang sama, iaitu slalom, tricks dan jump.

"Bagi kejohanan ini, saya menyasarkan perkara yang sama dengan Aideen tetapi kami akan bersaing sesama sendiri. Jadi, ia memberi kami motivasi untuk mendapatkan markah tertinggi dan merekodkan catatan peribadi yang lebih baik," kata Adam.

Penganjuran kali pertama di Malaysia itu akan diadakan dari 13 hingga 19 Ogos di Pusat Sukan Air Presint 6, Putrajaya.

Advertisement

Must Watch Video