Skip to main content

Permotoran

Hamilton raih petak utama Litar Catalunya

hamilton-130517.jpg
Pasukan AMG Petronas melaungkan amaran awal menjelang perlumbaan kelima musim ini di Litar Catalunya, Sepanyol, esok selepas pemandu utamanya, Lewis Hamilton, berjaya menempah petak utama tatkala Sebastian Vettel terpaksa akur di kedudukan kedua.

Sesi kelayakan di Catalunya menyaksikan satu lagi persaingan hebat di antara Mercedes dan Ferrari, dengan Sebastian Vettel hanya dibezakan 0,051 saat dengan jentera Silver Arrows yang dikemudi Hamilton.

Pemandu kelahiran Jerman itu mendahului saingan kelayakan pada suatu ketika, sehinggalah pada minit terakhir sesi ketiga, Hamilton berjaya mengatasi catatan pemandu Ferrari itu untuk menempah slot utama.

Hamilton menamatkan sesi kelayakan dengan catatan 1 minit 19.149 saat.

Mengisi slot di barisan kedua, seorang lagi pemandu Petronas, Valtteri Bottas, yang secara konsisten melakukan catatan dalam kalangan tiga terbaik dengan Kimi Raikkonen, keempat terpantas.

Sementara itu, juara di Litar Catalunya musim lalu, Max Verstappen, sekadar menamatkan saingan di kedudukan kelima disusuli rakan sepasukan, Daniel Ricciardo di kedudukan keenam.

 

Advertisement

Must Watch Video