Skip to main content

Permotoran

Hamilton juarai GP Sepanyol

15517lewishamilton.jpg
Lewis Hamilton meraih kemenangan kedua musim ini dalam persaingan penuh sengit di Litar Catalunya, Sepanyol, sekaligus merapatkan kedudukan dengan pendahulu saingan, Sebastian Vettel, yang menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua.

Vettel memintas Hamilton sejak permulaan perlumbaan dan mendahului separuh daripada saingan, namun akur dipintas pesaingnya itu di penghujung perlumbaan.

Beberapa insiden turut mencuri perhatian, termasuk tersingkirnya pemandu kedua Ferrari, Kimi Raikkonen.

Keterujaan dalam kalangan penonton terus memuncak apabila Vettel dan Hamilton saling pintas memintas.

Keputusan Mercedes menukar strategi dengan menggunakan tayar kompaun sederhana pada jentera Hamilton di penghujung perlumbaan membuahkan hasil.

Mercedes, bagaimanapun, akur kehilangan jentera kedua selepas Valterri Bottas mengalami masalah enjin ketika bersaing dalam pusingan ke-39.

Kejayaan Hamilton meraih kemenangan kedua musim ini mebolehkannya mengurangkan defisit kejuaraan dengan Vettel kepada enam mata selepas lima daripada 20 perlumbaan.

Advertisement

Must Watch Video