Skip to main content

Permotoran

Hamilton: Alonso mampu juarai lebih banyak gelaran

alonsohamilton.jpg
Lewis Hamilton menganggap bakat yang dimiliki Fernando Alonso seharusnya membenarkan dirinya menjuarai lebih banyak gelaran juara dunia Formula Satu.

Pelumba kelahiran Sepanyol itu dijangka meninggalkan F1 pada penghujung musim ini walaupun keinginannya masih belum lagi didedahkan.

Hamilton dan Alonso bergandingan bersama ketika mewakili McLaren pada musim 2007, mereka telah berjaya muncul juara dunia dalam tempoh dua tahun berturut-turut.

Sejak itu, Hamilton meraih lima gelaran pemandu terbaik dan mencadangkan bekas rakan sepasukannya itu mampu menambah lagi bilangan kejuaraan jika tidak diganggu oleh politik sukan permotoran itu.

"Saya tidak sedih Alonso bakal meninggalkan F1. Tiada sebab buat saya untuk bersedih," kata Hamilton.

"Apa yang pasti, dunia permotoran akan merinduinya kerana dia merupakan salah seorang pelumba berkualiti.

"Saya agak terkilan kerana dia tidak meraih sebanyak gelaran seiring dengan bakat dimiliki Alonso.

"Alonso merupakan salah seorang pemandu terbaik, pesaing yang hebat dan saya mengucapkan yang terbaik buat dirinya.

"17 musim adalah tempoh yang sangat panjang. Ia merupakan satu komitmen jangka panjang dan memerlukan tahap dedikasi yang tinggi."

 

Advertisement

Must Watch Video