Bekas raja pecut Asia Tenggara, Nazmizan Mohamad, mencadangkan Hamberi Mahat sebagai jurulatih pecut negara selepas usaha mendapatkan khidmat pengendali Amerika Syarikat (AS), Dwayne Millers, makin kabur.
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) masih gagal membawa Millers ke Kuala Lumpur walaupun sudah setahun berlalu.
Sama ada soal gaji, program latihan atau masalah peribadi Millers -- apa yang pasti KOM makin sukar mendapatkan khidmat jurulatih bekas juara 400m Sukan Olimpik dan dunia, LaShawn Merritt.
Sehubungan itu, KOM perlu memandang ke hadapan dan mencari jurulatih lain, terutama pengendali tempatan.
"Oleh kerana perkara ini sudah lama berlarutan, Malaysia mungkin beralih kepada jurulatih tempatan.
"Kepercayaan mungkin boleh diberikan kepada Hamberi, lagipun dia sudah hampir lima tahun berkhidmat di bawah Majlis Sukan Negara (MSN).
"Mungkin dia boleh dipanggil semula untuk membantu atlet pecut selain dibantu jurulatih-jurulatih di MSN," kata Nazmizan.
Hamberi pernah membimbing skuad negara sebelum ditamatkan kontrak pada 2017 dan ketika ini, pelari pecut negara berlatih secara berasingan mengikut jurulatih masing-masing sambil pemegang rekod 100m kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan, belum menyertai sebarang kejohanan tahun ini.
Sementara itu, KOM meminta MSN agar segera membuat keputusan mengenai status Millers.
Ini kerana pihaknya sudah mencadangkan ramai calon jurulatih pecut sejak tahun lalu, namun masih gagal mencapai kata sepakat.
"Saya harap dengan penambahan otot, dia boleh berlari lebih laju lagi.
"Dengan bantuan MSN dan Institut Sukan Negara (ISN), saya harap Khairul Hafiz dapat mengekalkan pingat emas Sukan SEA dalam temasya Filipina 2019, dari 30 November hinga 11 Disember depan," katanya lagi.
"Selepas Sukan SEA Singapura 2017, saya telah mencadangkan nama ramai jurulatih tetapi setelah kami mencapai kata sepakat, tiada tindakan lanjut (daripada MSN).
"Saya tidak tahu mengapa ini berlaku dan eloklah MSN berterus-terang.
"Usahlah cerita lain (di depan media) selain mereka melengah-lengahkan tindakan.
"Ini yang menyebabkan atlet marah dan mula mempersoalkan pihak atasan kepada media.
"Jangan sampai perkara seperti ini berlaku, inilah cadangan saya," kata Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim.