Skip to main content

Sukan Lain

Hamberi mahu elaun lebih RM1,000

hamber-mahat.jpg
Bekas pelari pecut negara, Hamberi Mahat, bersedia mempertimbangkan tawaran untuk menjadi jurulatih skuad kebangsaan andai Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menawarkan elaun lebih daripada RM1,000.

Hamberi menyambut baik tugasan sebagai jurulatih pecut negara selepas KOM dan Majlis Sukan Negara (MSN) sukar mendapatkan khidmat pengendali dari Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapn, kedua-dua badan induk itu perlu mengutamakan kebajikan jurulatih tempatan memandangkan masih terdapat jurulatih yang hanya menikmati elaun sebanyak RM1,000 sebulan.

"Apa yang diperoleh jurulatih kebangsaan sekarang adalah tidak memadai dengan apa yang sudah mereka korbankan, terutama dalam sukan olahraga.

"Ia terlalu rendah dan secara peribadinya, saya berasakan ia tidak berpatutan," katanya.

Hasrat KOM untuk mendapatkan khidmat jurulatih pecut dari AS, Dwayne Millers, masih kabur selepas gagal mencapai kata sepakat dengan MSN sejak tahun lalu.

Situasi itu mendorong kepada penyenaraian nama Hamberi memandangkan dia pernah bertindak sebagai jurulatih pecut pelapis dan jarak sederhana negara sebelum meninggalkan Bukit Jalil pada 2017.

"Apabila jurulatih luar datang ke Malaysia, nilai mereka berbeza sehingga terdapat perbelanjaan perjalanan yang perlu ditanggung.

"Namun, jurang perbezaan (pembayaran) di antara jurulatih luar dan tempatan adalah terlalu ketara.

"Ia boleh mencapai sehingga lima kali ganda," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video