Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Permotoran

Hakim Danish tidak mahu goyang kaki

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

screenshot-2025-05-18-193455.png
Pelumba muda sensasi negara, Hakim Danish menyifatkan bahawa dia tidak boleh berada di dalam zon selesa seandainya pelumba negara itu menanam hasrat untuk menamatkan saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup musim ini selaku juara keseluruhan.

Dalam pada itu, Hakim juga menegaskan bahawa pelumba dari negara Sepanyol, Brian Uriarte dan pelumba dari negara Indonesia, Vega Eda Pratama sebagai pencabar utama yang mampu menggugat kedudukannya dalam baki 10 perlumbaan di kalender musim ini.

Hakim kini memimpin kedudukan keseluruhan saingan dengan berjaya mengutip 80 mata setakat dua pusingan perlumbaan.

"Saya optimis perbaiki prestasi diri sendiri setiap tahun demi akhirnya meraih juara keseluruhan," katanya

Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin juga mengakui bahawa Hakim Danish kini jauh lebih matang dari segi prestasinya di atas litar.

"Saya percaya Hakim Danish tahun ini jauh lebih matang daripada tahun-tahum sebelum ini. Dia berlumba dengan kelajuan dan pengalaman yang bagus," kata Zulfahmi

Selain dari saingan Rookies Cup, Hakim juga turut bersaing dalam kejohanan FIM Junior GP World Championship yang bakal memasuki perlumbaan kedua di Litar Herez Sepanyol dari 31 Mei sehingga 1 Jun hadapan.

"Kami sewajarnya fokus kepada Red Bull Rookies Cup dan cuba imbangkan dengan kejohanan FIM Junior GP," tambah Zulfahmi

Advertisement

Must Watch Video