Skip to main content

Permotoran

Hakim Danish tawan Litar Mandalika

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hakim-danish-ramli.jpg
Gema Lagu Negaraku berkumandang megah di Indonesia apabila perlumbaan pertama pusingan kedua Asian Talent Cup di Litar Mandalika menjadi milik Hakim Danish Ramli.

Selepas gagal menyerlah di litar sama dalam edisi 2021, Hakim Danish mempamerkan aksi mantap seawal perlumbaan untuk memimpin saingan hari ini. 

Tunggangan tekal yang ditampilkan Hakim Danish memastikan podium juara buatnya apabila meninggalkan Shinya Ezawa dari Jepun sementara penunggang Indonesia, Reykat Fadilllah, melengkapkan kedudukan podium.

Selepas perlumbaan tadi, pelumba berusia 15 tahun itu di kedudukan kedua keseluruhan, lapan mata di belakang Ezawa yang masih mendahului kejuaraan. 

Hakim Danish berpeluang meneruskan rentak kemenangannya dalam perlumbaan di Lombok itu esok. 


 

Advertisement

Must Watch Video