Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Permotoran

Hakim Danish cipta podium pertama JuniorGP di Estoril bagi musim 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hakim-danish-juniorgp.jpg
Pelumba muda negara, Hakim Danish mempamerkan tunggangan menakjubkan dengan mengakhiri saingan Kejuaraan Dunia JuniorGP di Litar Estoril, Portugal semalam di tempat kedua.

Hakim Danish, 17, yang menyertai pasukan SIC Racing - MSI memulakan aksi di petak ketiga melakukan henjutan bertenaga sebaik perlumbaan bermula.

Aksi kejar mengejar berlangsung sengit sepanjang perlumbaan tersebut yang menyaksikan pelumba UAX SeventyTwo Artbox, Brian Uriarte mengakhiri saingan tersebut selaku juara.

Bagaimanapun kemenangan selaku naib juara sudah cukup membanggakan buat Hakim Danish selepas turut meraih podium kedua pada perlumbaan satu dan dua dalam saingan Red Bull Rookies Cup minggu lalu.

Ini merupakan podium pertama beliau dalam saingan JuniorGP bagi musim 2025.

"Perlumbaan hari ini (semalam) bukanlah permulaan yang baik bagi saya, tapi saya berjaya bersaing semula.Saya tahu Brian ada 'pace' yang lebih baik manakala saya pula berada dalam kelompok pelumba yang agak perlahan.

"Untuk perlumbaan seterusnya, saya akan cuba kekal (bersaing) bersama dia (Uriarte)," katanya.

Kejayaan ini dilihat permulaan yang baik buat pelumba muda itu dan selepas ini Hakim Danish akan beraksi di pusingan kedua Red Bull Rookies Cup yang bakal berlangsung di Litar Le Mans bermula Jumaat ini.

Advertisement

Must Watch Video