Hafizh Syahrin Abdullah terus mengutip mata dalam setiap perlumbaan dengan terbaru meraih tiga mata di Jerez, Sepanyol tetapi nasib berbeza dialami Khairul Idham Pawi yang hampir menggenggam mata pertama tetapi gagal menamatkan perlumbaan.
Selepas mengutip enam mata di Argentina dan lima mata di Amerika Syarikat, dominasi Hafizh dalam kalangan pelumba Asia terus menyerlah, dengan kali ini dia meraih mata di Sepanyol.
Bermula di petak ke-15, Hafizh menamatkan saingan di tempat ke-13 dan meraih tiga mata.
Bagaimanapun, Khairul Idham Pawi yang bermula di belakang Hafizh gagal menamatkan perlumbaan selepas terjatuh ketika berbaki 12 pusingan. Ketika itu, dia menduduki tangga ke-15 dan sekurang-kuranganya mampu meraih satu mata.
Sementara itu, perlumbaan kategori MotoGP menyaksikan penguasaan pelumba-pelumba Sepanyol, dengan dua penunggang pasukan Honda, Dani Pedrosa dan Marc Marquez, menguasai dua podium utama.
Bekas juara, Jorge Lorenzo, naik ke podium buat kali pertama bersama Ducati di tempat ketiga.
Pendahulu saingan, Valentino Rossi, sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-10.