Skip to main content

Sukan Lain

Grevemberg kagum kemudahan sukan Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

31517mitec.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), David Grevemberg mengagumi dengan kemudahan sukan Malaysia sekali gus membayangkan persaingan sengit untuk Malaysia, Kanada, England dan Australia membida hak penganjuran temasya 2022 atau 2026.

Delegasi CGF tiba sambil diiringi pegawai Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk meninjau venue dan kemudahan menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur.

Malaysia merupakan negara ketiga yang dilawati selepas England dan Kanada.

Ternyata, mereka mengagumi dengan kesungguhan Malaysia membina venue baru sekali gus komitmen tinggi untuk muncul penganjur terbaik dalam sejarah Sukan SEA.

"Kami menilai berdasarkan venue-venue sukan, penginapan atlet, pusat konvensyen serta infrastruktur pengangkutan yang telah disediakan. Daripada situ, kami akan
menilai untuk memilih negara yang sesuai untuk menganjurkan Sukan Komanwel 2022 atau 2026," kata Grevemberg.

"Kami menyediakan kemudahan yang sangat mencukupi bagi setiap sukan yang dipertandingkan. Kami berharap setiap kemudahan yang lain dapat disiapkan sebelum kejohanan
bermula," kata Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar.

Mereka akan melawat venue lain seperti Velodrom Nasional Malaysia dan KL Sports City sebelum mengadakan sidang media pada Jumaat.

Delegasi CGF kemudian akan meneruskan lawatan ke Australia.

CGF akan mengeluarkan laporan rasmi mengenai kos dan cadangan untuk empat negara ini menganjurkan Sukan Komanwel 2022 atau 2026.

Advertisement

Must Watch Video