Skip to main content

Sepak Takraw

Grand Final VSL: UPM pecah badi muncul juara berganda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

upm-a.jpg
Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul juara berganda selepas mengungguli final acara beregu dan regu untuk mencipta sejarah pada hari terakhir Grand Final Kejohanan Varsity Sepaktakraw League (VSL) 2025 di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya, hari ini.

Mereka merintis kejayaan menerusi acara beregu terlebih dahulu yang menyaksikan UPM A bangkit yang menewaskan Politeknik B dengan 2-1.

Memandang Politeknik B terlebih dahulu langkah kanan dalam set pertama dengan menang 15-11, namun kebangkitan UPM A bermula dalam set kedua selepas mengharungi rali sengit dengan 15-12 sebelum mengakhiri saingan dengan bergaya 15-11.

"Saya sudah kejar kejuaraan ini sejak tahun pertama. Tahun pertama saya tidak mendapat peluang dan tahun kedua masih gagal.

"Alhamdulillah tahun ini kami menjuarai gelaran beregu. Sebab itu saya terlampau beremosi sebentar tadi. 




"Saya akan cuba banggakan lagi UiTM pada tahun depan," kata pemain UiTM, Muhammad Aiman Hakim Zakari.

Sementara itu, selepas dua tahun berturut-turut dikecewakan dalam final, kali ini UPM B menebus kembali kekecewaan itu dengan menundukkan UiTM.

Set pertama berlangsung sengit apabila masing-masing saling mengejar mata sebelum mata terikat 16-16 untuk ke tie break, dan UPM B mengunggulinya 17-16.

UPM B mengekalkan momentum kemenangan tersebut menerusi prestasi cemerlang 15-10, sekali gus melengkapkan kejuaraan berganda untuk edisi kali ini.

"Ini peluang terakhir untuk saya berbakti kepada UPM kerana bakal menamatkan pengajian.

"Kami gembira dapat pecahkan badinya pada tahun ini.

"Selepas ini saya akan beralih arah ke peringkat negeri pula," kata pemain UPM B, Najmi Syahfiq Anuar.
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video