Skip to main content

Sukan

Grand final Kidslympic: Penganjuran semakin berkembang pada 2026

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kidslympic.jpg
Berakhir sudah penganjuran Kidslympic Malaysia 2025 yang berlangsung sekitar negara dengan menutup tirai di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur (KL) dengan penyertaan lebih 3000 peserta terdiri daripada keluarga, ibu bapa dan kanak-kanak.

Sepanjang siri jelajah di Johor, Pulau Pinang, Selangor dan KL bermula Ogos, ribuan peserta telah menyertai larian sejauh 2.4 kilometer (km) bersama ibu bapa mereka, menjadikan pengelolaan itu sebagai medium pembangunan sukan akar umbi yang semakin berkembang.

Sokongan penuh daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Geran Padanan Sukan (GPS) bernilai RM60,000  turut mendapat pengiktirafan rasmi dalam sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK) sekolah.

"Sudah ada tiga negeri menghubungi kami untuk menganjurkan Kidslympic 2026.

"Jadi, status penglibatan akan terus meningkat dan kami akan cuba menambah bilangan sukan yang dipertandingkan," kata pengasas bersama, Wong Kang Woon.

"Kami boleh meneruskan kerjasama dengan KPM. Mereka adalah pelapis negara," kata Setiausaha Bahagian Pembangunan Belia dan Sukan, Amir Hamzah Awang Ghazali.

Kolaborasi kukuh bersama rakan penaja, Affin Bank dan Watsons Malaysia, juga membantu melancarkan penganjuran acara sukan berskala besar ini.

"Kanak-kanak memerlukan panduan untuk membantu mereka membuat simpanan. 




"Kami melancarkan inisiatif untuk menggalakkan kanak-kanak menabung," kata Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Affin Bank Berhad, Joanne Rodrigues.

"Ini adalah platform terbaik untuk mempromosi gaya hidup sihat di kalangan kanak-kanak dan peluang untuk menonjolkan bakat," kata Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh.

Bermula Jumaat lalu, grand final selama tiga hari ini dipenuhi warna warni dan ia bukan sekadar pesta sukan, tetapi platform untuk menyatukan semangat kekeluargaan serta memangkin budaya aktif bersukan sejak kecil.

Ia lebih bermakna kerana berlangsung sempena Hari Sukan Negara dan penganjuran pada tahun depan dijangka lebih meriah dengan penambahan beberapa acara sukan lain serta penyertaan beberapa lokasi yang baru.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video