Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Permotoran

GP Sepanyol kekal dalam kalendar F1 2020

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

spanishgrandprix-cropped_mtpxpvjeigjt11sj3z5q7mynh.jpg
Grand Prix (GP) Sepanyol kekal dalam kalendar Formula Satu (F1) bagi tahun 2020 selepas persetujuan dicapai semalam.

Satu perjanjian telah ditandatangani oleh pihak Litar de Barcelona-Catalunya, satu usahasama yang dibentuk Kerajaan Catalonia, Real Automovil Club de Catalunya (RACC) dan Majlis Bandaraya Montmelo.

GP Sepanyol telah menganjurkan perlumbaan setiap tahun sejak 1986 selepas ia diadakan buat kali pertama pada 1913.

"Kami gembira untuk mengesahkan bahawa GP Sepanyol akan berada dalam kalendar Kejuaraan Dunia F1 Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA)," kata Ketua Eksekutif, Chase Carey.

"Keputusan untuk meneruskan pusingan itu adalah bagi memastikan kemuncak permotoran di Sepanyol, negara yang memiliki tradisi sukan permotoran sejak permulaan abad lalu dan ia menjadi strategi kami untuk mengekalkan F1 di Eropah sambil meluaskan kejuaraan tersebut.

"Pihak promoter bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada F1 bagi tahun 2020 dan ia menjadi bukti kepada kemampuan sukan itu untuk bertindak sebagai pemangkin kepada benua bagi penganjuran acara bertaraf dunia serta memberi impak positif kepada sektor ekonomi.

"Dalam beberapa bulan lagi, kami akan meneruskan perbincangan untuk melanjutkan hubungan ini.

"Dalam masa sama, saya mahu berterima kasih kepada Presiden Catalan, Quim Torra, di atas sokongan penuh yang diberikan dalam perbincangan ini dalam usaha meraikan ulang tahun ke-50 GP Sepanyol pada 2020 yang akan diadakan di litar yang paling teknikal dalam kalendar kejuaraan dunia."

Bintang Mercedes, Lewis Hamilton, telah memenangi tiga edisi lalu dalam perlumbaan GP Sepanyol.

Advertisement

Must Watch Video