Skip to main content

Sukan Lain

GP Malaysia: Nixson tidak gentar dengan Russel

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nixson-kennedy.jpg
Pelari pecut negara, Nixson Kennedy, melaungkan keyakinan untuk mencipta impak dalam acara 100 meter Kejohanan Olahraga Grand Prix (GP) Malaysia esok selepas melakukan persiapan rapi sejak Januari lalu.

Nixson akan turun ke Stadium Nasional, Bukit Jalil, dengan membawa misi utama bagi memperbaharui catatan  peribadi terbaiknya, 10.43 saat.

Dia menjelaskan kehadiran nama-nama besar seperti Russel Alexender Nasir Taib dan jaguh pecut Indonesia, Lalu Mohamad Zohri, tidak akan menggugat keyakinannya, malah ia akan dijadikan sebagai pencetus semangat untuk dia beraksi baik di laman sendiri.

"Cabaran terbesar saya hanyalah untuk mengatasi catatan peribadi saya.

"Kehadiran nama-nama besar yang lain bukan lah cabaran dan ia hanya saingan buat saya.

"Cabaran saya hanyalah untuk memecahkan rekod peribadi terbaik," katanya.

Sementara itu, pelari pecut wanita negara, Zaidatul Husna Zulkifli, tidak akan menyertai kejohanan edisi ini gara-gara kecederaan yang dialaminya dalam Sukan Universiti Asia (AUG) di Myanmar, Disember lalu.

Bagaimanapun, kakak kembar kepada ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, itu optimis akan segera pulih untuk menyertai kejohanan yang akan datang.

"Saya mengalami kecederaan paha sewaktu di Myanmar dulu.

"Saya masih dalam proses pemulihan dan tidak akan beraksi dalam kejohanan ini," katanya.

Advertisement

Must Watch Video