Lewis Hamilton bakal bermula di petak pertama perlumbaan Grand Prix Jerman sementara pilihan tuan rumah, Sebastian Vettel, di petak terakhir.
Vettel dan Ferrari mengharungi minggu sukar, dengan masalah turbo menyaksikan pelumba berusia 32 tahun itu tidak dapat menamatkan satu pusingan apabila tersingkir daripada Q1 buat pertama kali sejak GP Malaysia, dua tahun lalu.
"Saya tidak tahu apa yang berlaku," katanya kepada Sky Sports. "Terdapat kerosakan pada bahagian turbo. Sememangnya ia amat mengecewakan dan saya berasakan jentera berada di tahap terbaik -- saya terlepas satu peluang yang besar dan saya berharap untuk melakukan sesuatu untuk perlumbaan esok.
"Saya tidak sabar untuk berlumba dan lebih manis jika bermula di petak pertama berbanding terakhir.
Charles Leclerc terpantas dalam Q1 tetapi gagal menamatkan pusingan dalam Q3 selepas kegagalan mekanikal dan akan memulakan perlumbaan di petak ke-10.
Ferrari muncul jentera terpantas bagi FP1 dan FP2 tetapi Hamilton mengambil kesempatan daripada masalah teknikal pesaingnya, sekali gus memulakan perlumbaan di petak pertama buat kali keempat musim ini.
"Saya tidak tahu bagaimana kami lakukannya hari ini. Saya tidak pasti apa yang berlaku kepada pasukan Ferrari."
Max Verstappen turut mengalami masalah dalam Q2 apabila jenteranya menghadapi masalah kuasa tetapi meneruskan sesi kelayakan sebelum meraih petak kedua di hadapan Valtteri Bottas.
Senarai 10 pelumba terpantas
1. Lewis Hamilton (Mercedes) 1minit 11.767 saat
2. Max Verstappen (Red Bull) +0.346s
3. Valtteri Bottas (Mercedes) +0.362s
4. Pierre Gasly (Red Bull) +0.755s
5. Kimi Raikkonen (Alfa Romeo) +0.771s
6. Romain Grosjean (Haas) +1.084s
7. Carlos Sainz Jr (McLaren) +1.130s
8. Sergio Perez (Racing Point) +1.298s
9. Nico Hulkenberg (Renault) +1.359s
10. Charles Leclerc (Ferrari) tiada masa