Skip to main content

Sukan Lain

Golf Terbuka Phoenix: Koepka lega temui sentuhan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

koepka.jpg
Brooks Koepka membuat permulaan mantap dalam Kejohanan Golf Terbuka Phoenix untuk menempatkan diri di kedudukan ketiga menerusi catatan lima di bawah par.

Juara empat gelaran utama itu mahu memadam kekecewaaannya sejak 12 bulan lalu. 

Koepka tidak memenangi sebarang kejohanan sejak kejayaan di Phoenix, kurang setahun yang lalu yang menyaksikannya mempamerkan aksi mengagumkan dalam Kejohanan PGA pada Mei 2021 untuk menamatkan saingan di tempat kedua.

Dia beraksi di Arizona selaku pemain ke-20 dunia, sesuatu yang jauh berbeza daripada reputasinya yang menghabiskan 47 minggu di carta nombor satu sepanjang 2018 dan 2019 -- tiga daripada empat kemenangan utamanya hadir dalam tempoh ini.

 

Koepka berasa malu dengan prestasi merudumnya walaupun mengakui sebahagiannya berpunca daripada kecederaannya.

"Memalukan untuk berada di tempat ke-20," katanya selepas selesai pusingan pertamanya sebentar tadi. 

"Ia banyak disebabkan kecederaan. 

"Saya tercedera, tersisih. Tidak beraksi, bermain dengan kecederaan jadi saya tidak dapat bersaing. 

"Memang bagus untuk menjadi agak sihat dan keluar beraksi. Maksud saya, saya tidak terlalu bimbang mengenai ranking, ia akan melonjak semula."

Advertisement

Must Watch Video