SUKAN LAIN
Golf Prudential Astro Masters: Pusingan akhir di Taiwan gamit pemain amatur
Kejohanan Prudential Astro Masters 2019 terus mengukuhkan kedudukan selaku kejohanan siri golf amatur utama yang kembali untuk tahun ke-22 dengan sasaran penyertaan seramai 1,350 pemain.
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan Prudential Astro Masters 2019, P. Jeganathan, berkata hasratnya ialah untuk mencari bakat baru supaya Malaysia tidak ketandusan pemain golf.
Kejohanan yang akan berlangsung selama lima bulan itu menawarkan peluang beraksi di pentas pusingan akhir di Taiwan selepas melalui 11 pusingan, bermula 2 Mei ini.
Iklan
Saingan itu akan membuka tirai dan turut berakhir di Tropicana Golf and Country Club, Petaling Jaya, sebelum saingan itu dilanjutkan di Taiwan, September depan.
"Kami menyasarkan penyertaan penuh seramai 128 pemain dalam setiap pusingan," ujarnya.
Jeganathan turut menyatakan kejohanan yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan peminat golf tempatan itu menawarkan ganjaran sebanyak RM290,000 dan sebuah kereta Mazda CX-9 kepada pemenang.
"Tidak ramai pemain amatur yang pernah beraksi di Taiwan.
"Ini satu pembaharuan dan pengalaman baru buat mereka.
"Kejohanan ini juga menawarkan hadiah kemenangan yang lumayan seperti hole-in one selain beberapa lapangan golf terbaik di negara ini yang menjadi pilihan," katanya lagi.
Must-Watch Video