Tiger Woods memilih untuk tidak mengambil bahagian dalam sesi latihan terakhir di lapangan Bethpage Black semalam sebelum pusingan pembukaan Kejohanan Golf PGA Amerika Syarikat (AS), tahun ini.
Ejen kepada pemenang kepada kejuaraan utama itu, Mark Steinberg, menegaskan keputusan itu dibuat demi memastikan pemain itu mendapat rehat secukupnya serta menyangkal Woods sedang berhadapan masalah kesihatan pada malam menjelang kejohanan itu.
Juara Masters itu, yang mengumumkan perancangan untuk menguji sembilan lubang, bagaimanapun tidak pernah turun ke lapangan yang sempat menyaksikannya memenangi Terbuka AS 2002 walaupun kelibat kedinya, Joe LaCava, kelihatan.
Ini bermakna Woods akan melakukan 'tee off' di samping Francesco Molinari dan juara bertahan, Brooks Koepka, (petang ini) selepas hanya berkesempatan berlatih sembilan lubang sahaja sepanjang minggu ini manakala langsung tidak terbabit dalam aksi kompetitif sejak kemenangannya di Augusta, bulan lalu.
Dia terbabit dalam aksi sembilan lubang dalam cuaca buruk, Isnin lalu, tetapi menamatkan pusingan penuh dengan memberi tumpuan kepada aspek pukulan jauh dan pemerhatian lapangan, minggu lalu.
"Segalanya dalam keadaan baik, dia cuma mahu mendapatkan rehat," beritahu Steinberg kepada ESPN apabila ditanya sama ada Woods tidak sihat.
"Selepas melihat keadaan lapangan pertandingan minggu lepas, semuanya dalam keadaan baik."
Dalam sidang akhbar kelmarin, Woods yang berumur 43 tahun mengakui cabaran fizikal sedang menantinya.
"Sudah tentu saingan minggu ini akan menuntut stamina," katanya.
"Empat hari untuk mengharungi kejuaraan yang sukar akan mencetuskan tekanan secara mental dan fizikal.
"Lapangan golf ini bukan sahaja besar, malah ia akan menjadi minggu yang panjang berdasarkan reka bentuk dan cabaran yang ditawarkannya."