GOLF
Golf Maybank: Cuaca main peranan Mao Saigo dahului saingan
Daripada Sukan Malaysia (Sukma) ke pentas Jelajah LPGA, pemain golf wanita negara, Mirabel Ting, membuktikan bahawa status amatur bukan halangan untuknya menyinar pada hari pertama Kejohanan Golf Maybank 2024 di KLGCC hari ini.
Dia melakar lima di bawah 67 untuk terikat di kedudukan ke-10 di samping 11 lagi peserta termasuk juara bertahan kelahiran Perancis, Celine Boutier.
"Saya beraksi baik pada hari ini terutama dalam sembilan lubang terawal tetapi saya melakukan beberapa kesilapan pukulan dalam baki sembilan lubang.
Iklan
"Namun, saya dapat menunaikan jangkaan birdie di lubang ke-14 dan 15 yang diperlukan, jadi saya juga berasa gembira," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Pemenang pingat emas Sukma Sarawak itu muncul peserta tempatan terbaik tatkala pemain Jepun, Mao Saigo, teruja sebagai pendahulu biarpun beraksi dalam cuaca panas.
"Saya lebih berkeyakinan pada tahun ini, sudah pasti saya berasa lebih selesa di lapangan," katanya pula.
Saingan hari pertama diterajui pemain Jepun, Mao Saigo, yang melakar sembilan di bawah par berbaki tiga hari lagi saingan.
"Cuaca di sini mirip musim panas di Jepun, jadi saya dapat menyesuaikan diri," kata Saigo.
Must-Watch Video