Skip to main content

Sukan Lain

Golf Masters: Woods sekumpulan dengan Li, Rahm

tiger-woods.jpg
Tiger Woods akan beraksi dalam dua pusingan awal Kejohanan Golf Masters di Augusta di samping Li Haotong dan Jon Rahm.

Peringkat awal kumpulan untuk kejohanan utama sulung tahun ini disahkan semalam dalam misi Woods memburu kejuaraan pertama sejak Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2008. 

Juara gelaran utama sebanyak 14 kali itu akan disertai Li, yang mengakhiri aksi tahun lalu di tangga ke-32, manakala Rahm, di tangga keempat, dalam kempen 12 bulan lalu.

Sehubungan itu, Woods, Li dan Rahm akan memulakan pusingan pembukaan esok.

Sementara itu, undian tersebut menyaksikan Rory McIlroy, yang mengintai gelaran sulung Grand Slam, apabila akan beraksi bersama-sama Rickie Fowler dan Cameron Smith.

Juara bertahan Masters, Patrick Reed, pula akan beraksi dengan Webb Simpson serta juara Amatur AS berusia 21 tahun, Viktor Hovland.

Terdapat beberapa kumpulan yang mendapat undian mantap sempena dua pusingan pertama itu selepas Dustin Johnson, Bryson DeChambeau dan Jason Day membentuk satu trio berprofil tinggi manakala gandingan Phil Mickelson, Justin Rose dan Justin Thomas juga mungkin mencuri perhatian.

Jordan Spieth, Paul Casey dan Brooks Koepka juga akan bergabung esok dan Jumaat ini. Koepka memenangi dua gelaran utama tahun lalu.

Sergio Garcia pula diundi berada satu kumpulan dengan Tony Finau dan Henrik Stenson sementara juara Terbuka British, Francesco Molinari, akan berjuang bersama-sama Rafael Cabrera Bello dan Tyrrell Hatton.

Advertisement

Must Watch Video