Tiger Woods bercadang bangun tidur tidak lewat dari jam 4 pagi ini dalam mempersiapkan diri untuk menamatkan kemarau panjang kejuaraan utama dengan menyasarkan kejuaraan Masters buat kali kelima di lapangan Augusta National.
Woods kekal dalam persaingan untuk meraih kejuaraan utama selepas mencatat 67 dalam pusingan ketiga di Augusta semalam untuk berkongsi kedudukan kedua dengan Tony Finau pada jumlah 11 bawah par, dua pukulan di belakang pendahulu tunggal, Francesco Molinari.
Hampir 11 tahun sudah berlalu sejak Woods kali terakhir dijulang selaku pemenang gelaran utama dalam Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat 2008.
Dan dia sudah bersedia untuk permulaan awal dalam pusingan keempat, dengan kumpulan terakhir akan membuat pukulan tee pada jam 9.20 pagi waktu tempatan, dengan ia diawalkan gara-gara kebimbangan penganjur terhadap cuaca buruk pada sebelah petang.
“Saya akan bangun pada jam 4 pagi, mungkin jam 3.45 pagi dan memulakan proses untuk badan saya ini bersedia,” kata pemenang 14 gelaran utama itu.
“Biasanya habuan untuk kerja keras dan melakukan segalanya dengan betul ialah dapat tidur lebih sedikit pada hari Ahad tapi itu tidak akan terjadi kali ini.”
Woods satu ketika berhempas-pulas untuk berada satu di atas par dalam pusingan ketiga itu pada ketika tiga pemain lain melakukan catatan 64.
Namun, dia memberitahu dirinya supaya bersabar sebelum melakukan rentetan tiga birdie berturut-turut bermula di lubang 6.
Tambahan tiga birdie lagi di empat lubang pada sembilan lubang kedua menyaksikan bekas pemain nombor 1 dunia berusia 43 tahun itu berkongsi kedudukan pendahulu serta menamatkan pusingan terbaiknya di Augusta sejak 2011.
Ditanya apa yang cemerlang dilakukannya, Woods menjawab: "Segalanya. Pukulan drive dan iron saya sangat baik. Saya juga membenam beberapa putt. Saya hanya membiarkan pusingan (ketiga) ini terbina dengan sendirinya.
"Sasaran hari ini ialah untuk bermula pada enam bawah par dan memastikan saya dapat meningkatkannya kepada dua angka dan mujurlah saya dapat melakukannya.”
Woods turut sebelumnya bersaing dalam kumpulan terakhir dalam Terbuka British dan PGA Amerika pada 2018 tapi tewas kepada rakan sekumpulan, Molinari, dalam yang pertama daripada kedua-dua pertembungan itu.
“Sudah agak lama sejak saya bersaing pada hari terakhir di sini tetapi dua kejohanan utama terakhir turut menyumbang sesuatu.
“Saya masih dalam kelompok teratas dengan peluang untuk memenangi kejuaraan utama… dan itu sebenarnya membantu,” tambah Woods.
Kedudukan pendahulu selepas pusingan ketiga:
-13: Francesco Molinari
-11: Tony Finau, Tiger Woods
-10: Brooks Koepka
-9: Webb Simpson, Ian Poulter
-8: Matt Kuchar, Justin Harding, Xander Schuaffele, Louis Oosthuizen, Dustin Johnson
-7: Adam Scott, Rickie Fowler
Jadual pusingan akhir:
08:47 Oosthuizen, Johnson, Fowler
08:58 Kuchar, Harding, Schauffele
09:09 Koepka, Simpson, Poulter
09:20 Molinari, Finau, Woods