Buat Tiger Woods, penantiannya sudah berakhir.
Legenda golf berusia 43 tahun itu meraih gelaran utamanya yang ke-15 dalam Kejohanan Masters awal pagi tadi sebagai menamatkan kemarau gelaran utama sejak 2008.
Selepas satu siri kecederaan pada satu ketika mengancam untuk menamatkan kerjayanya, Woods menyempurnakan kebangkitan menakjubkan melalui kemenangan hanya dengan kelebihan satu pukulan dengan catatan 70 dalam pusingan terakhir itu.
Woods adalah seorang ikon yang dikenali di seluruh dunia dan bukan menghairankan apabila kejayaan terbarunya itu menjadi tular di Twitter.
Antaranya, bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, memuji kecemerlangan, semangat dan kesungguhan bekas pemain nombor 1 dunia itu sejak dia memenangi jaket hijau pertamanya pada 2005.
Presiden Donald Trump turut menyanjung keupayaan Woods untuk beraksi di bawah tekanan hebat dalam pusingan terakhir di lapangan Augusta National di Georgia itu.
“Betapa ia satu kebangkitan menakjubkan daripada seorang yang hebat!,” ciap Trump.
Phil Mickelson mengisytiharkannya sebagai “satu hari yang istimewa dalam sukan golf” yang akan terlakar dalam sejarah.
Pemain kidal itu berkesudahan dengan berkongsi tempat ke-18 dengan catatan enam bawah par.
“Betapa ia satu detik hebat untuk golf. Saya sangat tertarik dengan prestasi Tiger Woods yang mengagumkan. Ia satu hari istimewa yang akan terlakar dalam sejarah,” katanya.
Jack Nicklaus, yang kini mengatasi Woods dengan hanya perbezaan tiga gelaran utama, turut merakamkan penghargaan terhadap pesaingnya itu: “Tahniah daripada saya. Saya sangat gembira terhadapnya dan sukan golf. Ini menakjubkan!”
Bintang Real Madrid, Gareth Bale – yang dikenali sebagai peminat tegar golf – memuat naik satu foto Woods meraikan kemenangan, diiringi pujian: “Sukar dipercayai. Yang terbaik!”
“Cerita kebangkitan terhebat dalam sukan. Tahniah. Berilah saya peluang untuk memegang satu daripada lima jaket (hijau) itu sekali!,” ciap bintang bola keranjang NBA, Steph Curry, yang mewakili Golden State Warriors.
Bintang tenis dan rakan senegara, Serena Williams, mengulas: “Saya bergenang air mata menontonnya. Ini kehebatan yang tiada tolok-bandingnya. Saya benar-benar bersemangat kerananya. Wow. Tahniah sejuta kali.”