Skip to main content

Sukan Lain

Golf Masters Selangor: RM895,200 jadi buruan pemenang edisi kali ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

golfselangor.jpg
'Semoga berjalan dengan lancar.' 

Pengurus Besar Kelab Golf Seri Selangor, Hairul Zaini, Kejohanan Golf Masters Selangor 2025 mendapat sambutan terbaik daripada penonton mahupun perserta bermula esok 22 hingga 25 Januari di kelab terkemuka negara itu.


Menurutnya, enam bulan persiapan sejak Jun 2024 kini menunggu masa untuk menyaksikan pertembungan menarik berlaku sepanjang kejohanan. Penganjurang kali ke-13 itu menerima penyertaan daripada pelbagai negara yang  mahu mengutip kemenangan dalam saingan pembukaan tahun ini.

Pertandingan bertaraf antarabangsa selain Jelajah Pembangunan Asia (ADT) itu menawarkan pengalaman besar kerana tarikannya yang gah sambil kenaikan hadiah kejuaraan kepada 200,000USD (RM895,200) sudah pasti jadi buruan setiap peserta.

"Kami berharap supaya kejohanan dapat berjalan dengan lancar dan baik.

"Sila datang beramai-ramai memeriahkan suasana. Sokong pemain tempatan dan lihat pertandingan ini," kata setiausaha kejohanan, Mazhan Mujail.

Advertisement

Must Watch Video