GOLF
Golf Masters Selangor: Ramadhan Putra lakar kejutan
Kejutan terbesar berlaku pada hari kedua Kejohanan Golf PKNS Selangor Masters 2025 apabila Naraajie Ramadhan Putra muncul pendahulu keseluruhan menerusi catatan 63 pukulan, lapan di bawah par -- kiraan keseluruhan, 10 di bawah par selepas 36 lubang.
Pemain yang berpangkalan di Jakarta, Indonesia itu melakukan satu eagle, dan enam birdie untuk menutup cerita hari kedua selaku prospek utama pencabar kejuaraan.
Ternyata, segala sentuhan Ramadhan Putra menjadi apabila dia tidak merekodkan boogey -- satu pencapaian luar biasa memandangkan padang di Kelab Seri Selangor memiliki darjah kesukaran tinggi di Malaysia.
Iklan
Ramadhan mula memimpin kejohanan selepas melengkapkan 11 lubang permainan -- dengan pendahulu terdahulu, Tawit Polthai ketinggalan dua pukulan.
Perseteruan Ramadhan dan Tawit dijangka berterusan esok -- ditambah pula dengan ramalan kaji cuaca di venue pertandingan diramal mendung dan hujan.
Sementara itu, permainan terpuji yang dipersembahkan Runchanapong Youprayong selepas melengkapkan 36 lubang di Kelab Seri Malaysia bukanlah satu kejutan.
Ini kerana, pemain peofesional Thailand itu memiliki rekod luar biasa dan menjadikan kejohanan berprestij itu bagai medan latihan buat dirinya.
Youprayong mengekalkan pukulan konsisten sejak hari pertama dan secara rasmi melepasi had kelayakan untuk menjejakkan kaki ke hari ketiga saingan.
Sensasi Youprayong menjadikan dirinya sebagai pencabar awal kejuaraan edisi ke-14 apabila secara keseluruhan merekodkan 68 pukulan, enam di bawah par.
Jadi tidak hairanlah ada yang mengelarkan Youprayong sebagai ‘pakar kejohanan di Asia’ kerana seringkali berada di kelompok terbaik.
Trend itu dapat dilihat ketika Youprayong menyertai kejohanan di Taiwan, Vietnam, dan Malaysia.
Must-Watch Video