GOLF
Golf Masters Selangor: Amarin dahului saingan
Hari pertama saingan Kejohanan Golf PKNS Selangor Masters 2025 diserikan dengan kisah perseteruan pemain jagoan Asia Tenggara dari Thailand.
Kejohanan Golf Selangor Masters 2025 : Penampilan pemain tempatan Era Berbeza bakal hangatkan saingan kejohanan edisi ini!⛳🙌🔥#NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/1s0CElqiwX— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 22, 2025
Sejumlah 144 pemain turun beraksi di Kelab Seri Selangor dengan pendahulu sesi pagi -- Amarin Kraivixien memimpin permainan.
Amarin kembali beraksi di kejohanan berprestij itu selepas berjaya menempatkan diri dalam kalangan pemain terbaik yang menjejakkan kaki di hari terakhir saingan pada edisi tahun lalu.
Iklan
Amarin menamatkan saingan dengan merekodkan 67 pukulan, 4 di bawah par.
Persaingan sengit diteruskan pada sesi petang apabila Akinori Tani selesa mendahului permainan.
Akinori semakin serasi dan mempersembahkan permainan sempurna -- apatah lagi memulakan lapan lubang pertama dengan lima birdie.
Namun jalan cerita pengakhiran ternyata tidak menyebelahi pemain Jepun ini — apabila kondisi fairway yang basah dan berlecak menyukarkannya untuk beraksi di tahap terbaik.
Dua pukulan bogey menafikan dirinya menjadi pendahulu terbaik keseluruhan pada hari pembukaan.
Kehangatan penganjuran edisi ke-14 turut diserikan dengan penampilan pemain tempatan dari era berbeza.
Muncul antara pemain tempatan terbaik, Zia Izzuddeen, Gavin Green merupakan produk program pembangunan Kerajaan Negeri Selangor.
Paling mencuri tumpuan, pemain remaja meningkat naik, Daichi Hayashi turut berpeluang menikmati penggalaman keemasan dan terindah dalam kariernya -- apabila menjadi pemain jemputan khas beraksi bersama barisan idolanya.
Majoriti pemain ini membesar, berlatih dan menjadi profesional hasil inisiatif negeri Selangor.
Selain menitikberatkan kualiti permainan, kelompok pemain berbakat ini berpeluang belajar di Universiti Utara Malaysia International School of Melaka (UUMISM) yang menyediakan fasiliti terbaik.
Must-Watch Video