Matt Wallace menafikan Sandy Lyle untuk menyamai rekod Kejohanan Golf Par-3 Masters apabila mengungguli play-off lubang ketiga.
Lyle -- yang di ambang menyamai rekod kemenangan Padraig Harrington dalam kejohanan pendek itu -- menamatkan saingan dengan catatan lima bawah par dalam aksi tradisi pembuka tirai Kejohanan Masters di Lapangan Kebangsaan Augusta itu apabila hampir melakar kemenangan sebelum kesilapan sistem pemarkahan menangguhkan kejayaan Wallace.
Kedua-dua pemain melakukan par dalam dua lubang play-off terawal tetapi di lubang ketiga, Wallace lebih menyerlah sementara pukulan Lyle di lubang kelapan menjunam ke dalam air.
Terlebih dahulu, Wallace melakukan 'hole-in-one' di lubang yang sama dan hampir mengulanginya selepas itu.
Namun, ia tidak menggugatnya untuk menamatkan lubang itu dengan dua pukulan untuk meraih kemenangan.
Sementara itu, Tony Finau menghadirkan detik paling melucukan di lapangan itu.
Setahun selepas ditimpa masalah pergelangan kaki selepas melakukan 'hole-in-one' dalam kejohanan itu, Finau memilih jalan selamat musim ini.
Kali ini, dia berdepan lubang yang sama dengan menyarung kasut bola sepak, sebelum menyalinnya ketika melakukan tee.
Kali ini, dia tidak terganggu dengan masalah pergelangan kakinya, barangkali dia mungkin akan membiasakan diri dengan pertukaran kasut pada masa akan datang.