Skip to main content

Sukan Lain

Golf Masters: DeChambeau kesal tidak cabut bendera di lubang 18

dechambeau.jpg
Bryson DeChambeau kesal tidak mencabutkan bendera di lubang 18 selepas pemain dari Amerika Syarikat (AS) itu terpaksa berpuas hati berkongsi kedudukan pendahulu dalam pusingan pertama Kejohanan Golf Masters 2019, pagi tadi.

DeChambeau mengakhiri saingan itu dengan berkongsi kedudukan dengan juara tiga gelaran utama, Brooks Koepka, dengan catatan enam bawah par di Augusta. 

DeChambeau melakukan hayunan cantik iron ke green di lubang 18 dan dia sedar ia adalah pukulan yang bagus.

Ia bergolek sempurna menghampiri lubang berkenaan dan hampir masuk sebelum pergerakan bola itu beralih selepas terkena pin, namun DeChambeau masih mencatat birdie untuk memimpin pusingan pertama dengan satu pukulan. 

"Saya berasa saya sepatutnya mencabutkan bendera itu," ulasnya berseloroh kepada ESPN selepas aksi hari ini. 

"Saya sepatutnya menghantar (kedi) Tim (Tucker) ke sana dan mencabutkan tiang bendera itu tetapi tidak mengapalah.

"Bola bergerak lebih cepat, itu sahaja tetapi saya teruja kerana menghasilkan birdie."

DeChambeau -- rekod terbaiknya mengakhiri Masters di tangga ke-21 dalam edisi 2016 -- menamatkan saingan itu dengan birdie dalam empat lubang terakhir manakala enam dalam tujuh lubang terakhir. 

Bagi pemain berusia 25 tahun itu yang meraih empat kejuaraan tahun lalu, dia sudah bersedia untuk meneruskan persembahan baik pada hujung minggu ini.

"Saya bermain dengan kesabaran dalam sembilan lubang terawal. Saya melakukan pukulan yang baik dan meraih ganjarannya dengan putt yang cukup dekat dengan lubang," katanya.

"Saya tidak dapat membuat putt di sembilan lubang terawal tetapi sembilan lubang berikutnya, saya melakukan pukulan yang baik. Cuma di lubang 10, saya terlepas untuk melakukan putt dan saya bercakap dengan diri sendiri, 'saya harus teruskan aksi sebegini'."

Kedudukan pendahulu:
-6: Bryson DeChambeau, Brooks Koepka
-5: Phil Mickelson
-4: Ian Poulter, Dustin Johnson
-3: Justin Harding, Adam Scott, Jon Rahm, Kiradech Aphibarnrat, Kevin Kisner
-2: ...Tiger Woods

Advertisement

Must Watch Video