'No caddy? No problem', senario itu dilalui juara Kejohanan Golf MAKSAK Terbuka Amatur Selangor 2025, Andrew Yap yang mengekalkan pendahuluan pada hari terakhir saingan.
Andrew memiliki kelebihan empat pukulan berdepan sebelum saingan hari ketiga bermula, detik cemas pada baki enam lubang terakhir apabila diberi tentangan sengit oleh Mohamad Afiff Hadief.
Perseteruan Andrew dan Afiff berlarutan sehingga ke penghujung saingan.
Andrew yang mengambil keputusan untuk beraksi bersendirian tanpa bantuan caddy, senario itu memaksa kemampuan dirinya dalam aspek mengawal emosi dan tekanan ketika di lapangan.
Pemain golf amatur berusia 16 tahun itu mengambil langkah drastik untuk beraksi tanpa bantuan caddy sebagai salah satu cabaran yang dilontarkan terhadap dirinya oleh jurulatihnya, Abel Tam sebagai salah satu medium untuk menjadi pemain yang lebih lengkap.
Ternyata senario seperti bersendirian di lapangan untuk membuat pilihan terbaik mengikut kesesuaian bentuk muka bumi di Kelab Golf Bukit Beruntung melatih Andrew untuk lebih waspada dalam setiap keputusan yang diambil.
Andrew yang berguru di bawah kepimpinan Abel sejak tiga tahun lalu berjaya menamatkan saingan selaku juara dengan catatan keseluruhan 215 pukulan empat di bawah par dan muncul yang terbaik menerusi kelebihan dua pukulan ke atas pencabar terdekat, Afiff.
Lebih menarik, Andrew menikmati kejuaraan buat kali kedua dalam kariernya di kejohanan yang sama selepas muncul juara edisi 2023.
Tugasan seterusnya buat Andrew bersama skuad negara di Sukan Remaja Asia 2025 di Manama, Bahrain dari 22 hingga 31 Oktober hadapan.