Skip to main content

Sukan Lain

Golf Kejohanan PGA AS: DeChambeau tarik diri ekoran kecederaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

american-golfer-bryson-dechambeau_sd8ydrea5p581udtfnh799a5k.jpg
Bryson DeChambeau telah menarik diri daripada Kejohanan PGA AS selepas tamat sesi latihannya di Southern Hills.

DeChambeau kelihatan bersedia untuk kembali ke aksi kompetitif, setelah menjalani pembedahan pergelangan tangan selepas Masters bulan lalu.

Pemain nombor 22 dunia itu tidak menunjukkan sebarang tanda kesakitan ketika dia menguji pergelangan tangannya semasa pusingan latihan semalam.

Bagaimanapun, juara Terbuka AS 2020 itu mengesahkan di Twitter bahawa dia akan terkeluar daripada kejohanan utama kedua musim ini.

Dia berkata menerusi Twitter, "Selepas pertimbangan yang teliti, saya telah memutuskan untuk menarik diri daripada Kejohanan PGA. Saya mahu membuat pulangan penuh apabila saya 100 peratus bersedia untuk bersaing di peringkat tertinggi golf."

Pemain berusia 28 tahun itu mengharungi kempen yang mengecewakan setakat ini, terlepas peluang dalam tiga daripada empat aksi terakhirnya.

Advertisement

Must Watch Video