Jelajah Golf Profesional Malaysia (PGAM) musim 2025 yang bakal dilengkapkan dengan penganjuran 'The Ladies Championship' buat julung kali, sekali gus menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM300,000.
Menerusi kolaborasi bersama pusat membeli-belah terkenal negara, The Mines, kejohanan ini dijangka mampu menjadi platform untuk mengetengahkan bakat tempatan wanita dalam arena golf kompetitif.
Inisiatif ini dilihat selari dengan usaha PGAM untuk memperluaskan penyertaan dalam sukan golf dalam kalangan komuniti wanita dan melahirkan lebih ramai pemain berkualiti di peringkat antarabangsa.
"Kami mahu tekankan tentang pemain tempatan terlebih dahulu.
"Tetapi sudah tentu pada masa depan kami mahu menarik perhatian pemain serantau.
"Buat ini Lebih 20 pemain amatur (tempatan) akan beraksi dan kami menyasarkan 50-60 penyertaan," kata Pengurus Besar Persatuan Golf Malaysia (MGA), Nik Mustapha Nik Mohamed di Nadi Arena sebentar tadi.
Mengulas mengenai visi masa depan, PGAM tidak menolak kemungkinan untuk memperluaskan lagi rangkaian kerjasama dengan mana-mana badan penaja yang mahu mencari peluang untuk memeterai memorandum persefahaman (MoU).
"Rakan kongsi kami, MST, juga menganjurkan beberapa liga jadi saya harap ia boleh menjadi kenyataan," katanya.