Pendahulu keseluruhan kategori lelaki, Paul San Weng Yau, dalam misi untuk mengekalkan kedudukan ranking di puncak menjelang Kejohanan Golf Jelajah Toyota 2024 bertaraf Asia Development's Tour yang akan membuka tirai, Rabu ini.
Tambahan pula, dengan dirinya yang cemerlang selepas menjuarai Vios Cup pada Mei dan Supra Cup pada Ogos lalu, dia menyifatkan amat berpuas hati dengan prestasinya musim ini dan berharap gelaran juara keseluruhan akan berada dalam dakapannya.
"Sesi ini benar-benar baik, mantap, dan saya sangat gembira dengan prestasi saya."
"Saya berharap dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik lagi, berjaya di peringkat antarabangsa, dan menamatkan permainan dengan cemerlang."
"Saya rasa permainan saya sudah cukup baik walaupun permainan berlangsung dengan pantas dan keadaan juga sangat memuaskan. Saya berharap kejohanan yang akan datang berjalan dengan lancar."
"Minggu depan, ramai pemain akan turun ke padang untuk merebut kemenangan di Asian Development's Tour (ADT). Saya tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada perlawanan itu, sudah pasti," katanya
Sementara itu, Olimpian Negara, Gavin Kyle Green, ketika ini berada di prestasi terbaiknya selepas berjaya membuat back to back 'hole-in-one' ketika sesi latihan semalam dan juga dalam saingan pro-am yang berlangsung hari ini.
Malah, Gavin ingin menikmati saingan pada Rabu ini, lebih-lebih lagi dia menyifatkan kerana dapat beraksi di halaman sendiri sesuatu yang perlu dimanfaatkan kerana dia sentiasa sibuk dalam mewakili Malaysia di kejohanan luar negara.
"Saya menikmati masa di rumah bersama keluarga dan rakan-rakan. Rasa begitu bahagia apabila mereka ada di sekeliling, berkongsi saat-saat bersama kami di sini."
"Saya jarang dapat peluang seperti ini, jadi apabila ada, saya sangat menghargai masa di rumah. Saya juga suka menikmati makanan tempatan." tambahnya.
Aleqha Zainal
Tue Nov 19 2024