Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Tabung Pendidikan Atlet Tan Sri Alex Lee menyasarkan kutipan lebih RM100,000 melalui saingan Golf Amal OCM-Tan Sri Alex Lee edisi ke-17 yang dijadualkan di Kelab Golf dan Country Saujana (SGCC) pada 21 November depan.
Selain mengumpulkan dana yang akan memberikan manfaat biasiswa kepada 57 atlet, Pengerusi Tabung Pendidikan Atlet Tan Sri Alex Lee, Datuk Thomas Lee, berkata objektif saingan itu juga untuk menggalakkan perhubungan antara persatuan sukan kebangsaan.
Katanya, sehingga kini satu memorabilia sukan, iaitu sehelai jersi All Blacks New Zealand yang ditandatangani skuad Piala Dunia Ragbi 2019, akan dilelong dalam acara itu.
Pihak penganjur bersama penaja juga kini sedang berusaha untuk mendapatkan jersi pasukan Tottenham Hotspur yang ditandatangi pemain pasukan itu untuk dilelong.
"Program amal itu juga dianjurkan untuk mengumpulkan atlet yang telah bersara daripada sukan dan mahu melanjutkan pelajaran di universiti.
"Pada masa ini, kami telah membantu 57 atlet lelaki dan wanita melibatkan 21 sukan untuk melakukannya," katanya dalam satu sidang media di Petaling Jaya, hari ini.
"Selama ini, kami mengumpulkan dana melalui lelongan, bayaran masuk, penajaan dan kami telah mengumpulkan kira-kira RM1.5 juta yang mungkin satu jumlah yang tidak begitu besar berbanding badan amal lain tetapi bagi kami, ia sesuatu yang bermakna dan kami berjaya memenuhi tujuan program amal itu diadakan."
Dana dan acara golf itu juga adalah untuk memperingati mendiang Tan Sri Alex Lee atas sumbangan beliau yang yang tidak terhingga kepada negara dan pembangunan sukan kebangsaan, terutama terhadap pembangunan skuasy dalam negara.
-- BERNAMA