Skuad para negara meraih pencapaian cemerlang dalam temasya Sukan Komanwel Gold Coast apabila merangkul satu pingat perak dan satu pingat gangsa untuk memperbaiki pencapaian satu pingat perak di Glasgow, empat tahun lalu.
Atlet powerlifting, Jong Yee Khie, memadamkan rekod peribadi terbaiknya untuk merangkul pingat perak dalam kategori heavyweight di Arena Sukan Carrara.
Atlet kelahiran Sarawak itu -- memiliki catatan terbaik 212kg yang dilakukan dalam Piala Dunia Powerlifting IPC di Kuala Lumpur pada 2016 -- membuat angkatan seberat 220kg dalam percubaan ketiga untuk menghadirkan perak dalam kelas perdana itu.
"Ada percubaan untuk mendapatkan 120kg tetapi kami tidak menyangka di kejohanan besar sebegini dan di depan penonton yang ramai membuatkan Jong Yee Khie bersemangat untuk menghasilkan angkatan yang lebih baik.
"Ini bermakna program kami harus disusun dengan lebih kemas untuk sasaran di Para Asia dan Paralimpik Tokyo 2020," kata Pengarah Cawangan Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN), Safrusahar Yusuf.
Sementara itu, atlet olahraga para negara, Afiq Ali Hanafiah, melakar sejarah tersendiri apabila memenangi gangsa 100 meter T12.
"Ini adalah pengalaman pertama buat Afiq selepas menyertai Sukan Para ASEAN di Singapura pada 2015 dan 2017.
"Bagi saya, dia telah melakukan persembahan yang baik untuk dirinya dan Malaysia," ujar jurulatih olahraga para negara, Adnan Mat Ali.