Penolong jurulatih skuad hoki wanita negara, Iman Gobinathan, masih tidak dapat menerima hakikat tidak dilanjutkan kontrak oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) sekalipun bersama-sama dengan ketua jurulatih, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, membentuk skuad mantap sepanjang tempoh dua tahun ini.
Jurulatih berusia 40 tahun itu sudah mengikuti Dhaarma sejak penubuhan Skuad Projek 2013 bersama beberapa lagi tenaga belakang tabir seperti Nor Azlan Bakar, Lim Chiow Chuan dan M. Nadarajah.
Iman yang mesra disapa sebagai Gobi tidak ditawarkan kontrak lanjutan selepas Chiow Chuan ditimpa nasib sama November lalu.
Gobi juga kecewa dengan penjelasan yang diberikan KHM untuk tidak menyambung kontraknya.
"Saya berasa sedih apabila Pengarah Teknikal (KHM, Terry Walsh) berkata kepada saya, saya tidak bagus daripada segi teknik, taktik dan fisiologi.
"Saya beritahunya, kami membawa pasukan sejak 2009 hingga 2013 bagi Piala Dunia Remaja. Dan kami pernah meraih kejayaan dalam Piala Johor, Piala Asia dan Piala Dunia," katanya.
Akur dengan keputusan badan induk itu, tumpuannya kini beralih kepada pasukan Maybank dalam Liga Hoki Malaysia sebagai penolong pengurus.
"Maybank menyokong saya 100 peratus dan saya berasa bangga kerana diberi peluang menjadi jurulatih dan pemain sebelum ini," katanya lagi.
Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan KHM, Soon Mustafa Karim, mengesahkan kontrak Gobi tidak disambung susulan tiada peruntukan tambahan bagi kontrak lanjutan.
"Kami memang tidak mahu menyambung kontraknya sebab dia dalam katogori wanita. Kami pula masih menunggu MSN (Majlis Sukan Negara) untuk mendapatkan peruntukan," katanya.
Berasal dari Ipoh, Perak, Gobi pernah berkelana sehingga ke Belanda dan Jerman pada 2014 demi mendalami ilmu kejurulatihan.
Dia bersama Dhaarma mencetus kejayaan buat skuad hoki wanita apabila layak ke Separuh Akhir Liga Dunia tahun lalu.
Gobi mula dilantik KHM sebagai pengendali skuad pembangunan wanita pada awal 2016, namun keputusan itu bermakna kontraknya bersama Malaysian Tigress bakal tamat pada 31 Januari ini.