Skip to main content

Sukan Asia

Gimrama: Dua wakil negara ke final

izzah-amzan.jpg
Gimnas negara, Izzah Amzan dan Koi Sie Yan, hari ini menempatkan diri di kedudukan ke-24 terbaik bagi mengisi slot final individu all around Sukan Asia Jakarta-Palembang esok. 

Penyertaan untuk sesebuah negara hanya ditetapkan untuk dua atlet. Peraturan itu secara tidak langsung menafikan kelibat seorang lagi wakil negara, Amy Kwan, yang berada di kedudukan ke-19.

Izzah berada di kedudukan ke-14 dengan 40.450 mata manakala Sie Yan di kedudukan ke-15 dengan 39.700 mata. 

"Tahap dalam Sukan Asia lebih sukar kerana membabitkan ramai peserta Sukan Olimpik yang berlatih di Russia. 

"Ini satu pengalaman dapat bertanding dalam Sukan Asia," ujar Sie Yan. 

"Tahap di sini lebih tinggi," kata Izzah. "Reaksi penyokong tetap sama dan gemuruh itu tetap ada. 

"Apapun, saya dapat menimba pengalaman melihat persembahan atlet bertaraf dunia."

Sementara itu, trio itu juga menempatkan Malaysia di kedudukan ketujuh saingan berpasukan.

 

Advertisement

Must Watch Video