Skip to main content

Sukan Asia

Gimnastik: Jeremiah, Fu Jie akui lakukan kesilapan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gimnastik-artistik.jpg
Gimnas negara, Jeremiah Loo Phay Xing dan Tan Fu Jie, menyalahkan diri sendiri di atas kegagalan layak ke final acara berpasukan lelaki Sukan Asia Indonesia kerana ini kali kedua berturut-turut mereka terkandas di peringkat kelayakan dalam temasya besar.

Jeremiah dan Chau Jern Rong adalah antara lima gimnas lelaki yang mencipta sejarah membuat penampilan sulung acara berpasukan Sukan Asia yang menjadi tumpuan di Pusat Pameran Antarabangsa Jakarta, hari ini.

Mereka beraksi dalam Sukan Komanwel Gold Coast, April lalu, namun gagal ke final.

Kali ini, pemburuan tiket final berpasukan lebih mengecewakan apabila Malaysia menamatkan cabaran di tangga ke-10 peringkat kelayakan menerusi 226.250 mata dengan hanya lapan negara terbaik meneruskan kemaraan.

"Saya tidak membuat persiapan rapi untuk menghadapi temasya ini .

"Persembahan kali ini bukanlah yang terbaik daripada saya" kata Jeremiah.


Sementara itu, Fu Jie bertekad untuk bangkit dengan berkata: "Setiap kegagalan adalah peluang untuk anda bangkit. 

"Mungkin kali ini saya tergelincir tetapi lain kali tidak. 

"Saya perlu bekerja keras untuk memperbaikinya. 

"Saya mengawal kegugupan dengan baik tetapi itulah kehidupan, tiada yang sempurna."

Pencapaian itu bermakna gimnas lelaki sudahpun menamatkan cabaran dengan tumpuan beralih kepada wakil wanita yang akan turun, esok.
 

Advertisement

Must Watch Video