Skip to main content

Sukan Asia

Gimnastik: Gimnas negara mahu bangkit dalam Sukma, Kejohanan Dunia

jeremiah.jpg
Atlet gimnastik artistik lelaki negara, Jeremiah Loo, berharap kecederaan buku lali dan pergelangan tangannya dapat pulih secepat mungkin untuk mempersiapkan diri ke Sukan Malaysia (Sukma) Perak dan Kejohanan Dunia selepas ini.

Jeremiah tidak menolak terpaksa mengambil ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan sewaktu beraksi di pentas Sukan Asia tempoh hari.

Ingin melupakan aksi hambar di Jakarta, gimnas berusia 21 tahun ini mahu memastikan aksi terbaik dalam Sukma Perak bulan depan dan juga Kejohanan Dunia di Doha, Oktober depan untuk mengubati kekecewaan Sukan Asia.

Namun, aksi terbaik sukar untuk diterjemahkan sekiranya kecederaan lama itu masih terasa selain berharap ia akan pulih secepat mungkin.

"Saya tidak pasti kerana kecederaan yang dialami masih lagi belum pulih sepenuhnya, buat masa ini saya bergantung kepada ubat," kata Jeremiah yang bersama skuad gimnastik artistik wanita negara disambut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Farah Ann Abdul Hadi, yang mencuri tumpuan selepas meraih ranking kelima terbaik di Jakarta, enggan terus selesa dengan pencapaian itu dan tiada rehat yang lama untuknya fokus kepada Kejohanan Dunia pula.

"Ia telah memberikan semangat kepada saya untuk berlatih dengan lebih baik bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik," kata Farah Ann.
 

Advertisement

Must Watch Video