Gimnas negara, Amy Kwan, berharap agar kudratnya masih ditagih dalam Sukan Asia edisi akan datang empat tahun lagi bagi menebus kesilapan di Indonesia kali ini memandangkan umurnya kini sudah mencecah 23 tahun.
Amy merupakan atlet paling senior yang masih tampil dalam kejohanan antarabangsa walaupun hakikatnya had umur untuk gimnas Malaysia mampu beraksi hanya bertahan sekitar 21 tahun.
Kepuasan sudah diraihnya ketika dalam Sukan Komanwel Gold Coast, April lalu, dengan kilauan satu pingat emas tetapi hakikatnya dia kecewa dengan prestasi hambar dalam Sukan Asia apabila gagal ke final acara individu.
Justeru, Amy tidak menganggap situasi itu sebagai perjuangan terakhirnya tatkala masih berharap mampu terus berusaha dalam jangka masa empat tahun lagi.
"Ia bergantung kepada keadaan tubuh saya kerana sekarang pun saya rasa tua jika dibandingkan dengan atlet muda. Mungkin semakin bertambah usia, semakin bagus tetapi kadangkala ia juga bergantung kepada keadaan serta sebarang kecederaan," katanya.
Tiada rehat untuk skuad gimrama negara yang baru sahaja tiba di tanah air semalam apabila harus meneruskan latihan seperti biasa keesokan harinya bagi persediaan ke Kejohanan Dunia di Bulgaria bermula 10 September ini.
"Saya rasa rasa sedikit lega tetapi hari ini sudah memulakan latihan untuk Kejohanan Dunia, jadi tidak boleh berehat.
"Kami menyasarkan kepada ranking, jadi persaingan dengan atlet dunia menjadi tumpuan," tambah seorang lagi gimnas negara, Izzah Amzan.