Skuad gimnastik negara yakin merangkul separuh daripada 16 pingat emas dalam Sukan SEA Filipina, November depan.
Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF), Rachel Lau, berkata dengan 19 gimnas yang mendapat restu Jawatankuasa Pemilihan untuk beraksi di bawah kategori A (dibiayai sepenuhnya), mereka mampu memenangi tujuh hingga lapan pingat emas.
Sasaran itu lebih tinggi daripada lima pingat emas yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).
"Kami menyasarkan untuk menyapu bersih lima emas dalam acara gimnastik berirama dan sekurang-kurangnya satu emas, masing-masing dalam gimnastik artistik lelaki dan wanita.
"Latihan telah bermula, semuanya berjalan lancar dan kami akan mula menghantar gimnas kami ke pertandingan dan latihan di luar negara," katanya.
Untuk rekod, dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Malaysia membolot semua lapan pingat emas yang dipertandingkan dalam acara gimnastik berirama, manakala dalam acara artistik, skuad kebangsaan memenangi lima (termasuk satu emas dikongsi bersama) menerusi lapan acara.
-- BERNAMA