Gabungan Sepak Takraw Kelantan (GASTAK) menerima suntikan terbaik dalam usaha memperkasakan program pembangunan dan persediaan skuad Kelantan Warriors untuk menghadapi pelbagai kejohanan sepak takraw tahun ini.
Presiden GASTAK, Zuraidin Abdullah, menghargai sokongan padu yang diberikan Koperasi Pembangunan Ummah Kelantan Berhad (KO-UMMAH) dan syarikat pengeluar pakaian sukan, Eskay Sport Sdn Bhd, yang tampil sebagai penaja utama Kelantan.
"Pertamanya, bagi pihak GASTAK saya ingin ucapkan terima kasih atas tajaan yang dihulurkan. Kami akui (GASTAK) kekurangan dana kewangan untuk membiayai semua program yang telah dirancang dan kehadiran dua penaja ini sangatlah dialu-alukan.
"Dengan kerjasama mantap ini, saya yakin Kelantan bakal muncul sebagai kuasa besar sukan sepak takraw di Malaysia menjelang 2022," katanya dalam Majlis Perhargaan Penajaan Gastak 2019 di Lamar Gallery, Tunjong, malam tadi.
Zuraidin yang juga Timbalan Exco Belia, Sukan dan NGO Kelantan juga mengingatkan semua pemain dengan slogan 'Patuh Syariah' yang sentiasa diterapkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
"Kami yakin dengan konsep patuh syariah bukan sahaja dapat meletakkan negeri ini cemerlang dalam bidang akademik, malah sentiasa mendapat keberkatan dalam bidang sukan.
"Kami juga akan pastikan semua pemain tidak lupa tanggungjawab terhadap agama. Pemain takraw dapat menyara keluarga hasil daripada kerjaya sukan dan memiliki sahsiah serta disiplin yang terbaik. Inilah ciri-ciri yang kami cuba tetapkan dalam Program Kijang 2022," katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar KO-UMMAH, Mohd Ridhuwan Che Musa, yakin sumbangan daripada syarikatnya mampu menyuntik motivasi kepada seluruh pemain Kelantan bagi mencipta kejayaan dan mencapai cita-cita mahu menjadi kuasa besar sukan sepak takraw menjelang 2022.
"Buat masa ini, syarikat memberi tajaan sebanyak RM20,000 meliputi perkhidmatan yang ada dalam rangkaian KO-UMMAH seperti perkhidmatan kesihatan, gimnasium untuk kecergasan pemain, bekalan air mineral dan isotonik serta wang tunai.
"Insya-Allah, ini sebahagian daripada usaha berterusan syarikat kami untuk menyokong pembangunan sukan, terutama sepak takraw di Kelantan, dan kami berdoa semoga segala cita-cita besar mereka menjadi kenyataan," katanya.