Skuad futsal negara bakal diuji dalam dua perlawanan jemputan di China, September dan Oktober depan, sebelum berdepan ujian sebenar dengan misi memastikan empat slot terbaik bagi Kejohanan AFF di Vietnam, penghujung Oktober.
Skuad kendalian Chiew Chun Yong itu pastinya lega selepas bajet untuk 2019 telah diluluskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Mereka kini dalam persediaan untuk berhadapan dua aksi dalam kejohanan empat penjuru di Chengdu dan Changshu, China, September dan Oktober depan.
Ia sebagai persiapan menjelang Kejohanan AFF di Vietnam dengan sasaran utama mahu mengatasi Thailand buat kali pertama selain merebut slot empat terbaik dalam kejohanan itu.
"Tidak silap saya, Mesir, Maghribi, Sweden selain Itali turut dijemput untuk beraksi di China.
"Kami akan menjadikannya sebagai medan untuk mencuba pelbagai aspek," katanya.
Jika Malaysia mampu lolos ke kedudukan empat terbaik Kejohanan AFF, ia akan membuka peluang buat barisan Chun Yong beraksi dalam Kejohanan AFC dengan lima pasukan terbaik bakal ke pentas Piala Dunia 2020.
Sedia mengukur baju di badan sendiri, Chun Yong mahu memperbaiki pencapaian sebelum ini yang menyaksikan skuad negara sekadar layak ke pusingan kedua dalam Kejohanan AFC 2017.
"Kalau kami layak ke Kejohanan AFC, ia akan menjadi pelantar buat kami untuk layak ke Piala Dunia dengan syarat kami perlu muncul dalam kalangan lima pasukan terbaik," katanya.