Petarung dari Ireland, Paddy MacCorry, melaungkan kalimat 'free Palestine' sambil mengangkat tinggi bendera negara itu sebaik menamatkan rekod tanpa kalah lawan dari Israel, Shuki Farage, dalam acara utama Cage Warriors 189 di Rom, Itali pada Sabtu lalu.
Kekalahan itu bukan sekadar keputusan biasa, malah menjadi tumpuan dunia susulan latar belakang Farage sebagai anggota aktif Angkatan Tentera Israel (IDF).
McCorry, 27, dengan rekod profesional 6-1, mempamerkan dominasi penuh sepanjang pertarungan itu sebelum diumumkan sebagai pemenang menerusi keputusan sebulat suara.
Selepas pertarungan, McCorry melaungkan 'free Palestine' dengan penuh emosi, sekali gus mencetuskan sorakan dan reaksi meluas di media sosial.
Video pertarungan itu, yang disiarkan menerusi servis penstriman UFC Fight Pass, tular termasuk klip yang dimuat naik sendiri oleh McCorry di media sosial.
Farage, yang sebelum ini sering menonjolkan imej ketenteraan di media sosial, segera menyahaktifkan akaun Instagram dan Facebook susulan kekalahannya.
Bagaimanapun, tangkap layar memaparkan dirinya dalam seragam IDF dan memegang senjata di kawasan runtuhan Gaza terus tersebar luas dan menjadi bahan kritikan netizen seluruh dunia.